Thursday, 27 December 2018

I'm back !!

Salam minionss cutieku !!

 Allahu lamaaa sangat tak update blog terchenta ini ! Segala sarang muncul habes. Aku rindu nak bebel panjang-panjang dan cerita apa benda yang aku nak walaupun blog ni tak adalah ramai orang HAHA ok hambar di situ. Sepanjang tahun 2018 ni aku banyak belajar benda dari pelajaran sampailah benda-benda lain. (ha apa tu)

Okey back to the topic. Last aku update blog tahun lepas. Maknanya dah 1 tahun 6 bulan lah aku tak update !!?? Ish3 


Tahun lepas bulan 5 tak silap aku masuk SJI untuk ambil tingkatan 6. Mula-mula memang tak minat dan takut sebab tanggapan budak form 6 kan macam budak-budak tak pandai, exam susah sangat la apa laa. Untuk membetulkan andaian anda itu marilah saya ceritakan.



TINGKATAN 6


Ya, andaian manusia-manusia di luar tu sama jugak macam aku dulu. Tapi bila dah masuk dan belajar Allahu baru tahu beza dia, best dia, lain dia. Pertama sekali form 6 ni bukan budak-budak tak pandai sahaja anak-anak. Ramai je budak straight A masuk form 6. Dan ramai juga yang mungkin tak tergolong dalam kalangan pelajar pandai. Tapi apa yang bezanya kat tingkatan 6 ni, kau bebal macam mana pun tiba-tiba rasa rajin nak belajar tu datang. Mungkin bukan untuk semua orang tapi classmates aku rasa benda yang sama jugak. 


Susah? Ya memang susah. Exam apa je yang senang kat dunia ni? Kau nak pilih makanan untuk dimakan pun dikira macam exam tahu tak? (okey tak sebenarnya) Biasa lah belajarkan. Okey aku bukan nak bagitau korang patut amek form 6 ke apa. Cuma jangan lah buat andaian sesuka hati. Selagi kita tak cuba, kita pun takkan tahu kan?


Dekat SJI ni aku amek aliran business. Subjek pengajian perniagaan, ekonomi, bahasa melayu, pengajian am dan MUET. Result masih tak dapat lagi untuk STPM tapi insyaallah apa yang aku harap dapat amin. Belajar kat sini amek masa setahun setengah je kira macam sekejap la bagi aku sebab aku tak suka lama-lama


Kalau kat SJI ni bagi batch aku memang 1 Malaysia lah. Seronok dapat kawan dengan orang lain bangsa sebab dulu dekat sekolah lama aku tak ada pengalaman macam tu. Kalau korang nak tau kawan aku chinese memang mak cik bawang. Kalau mak cik bawang real life nak gaduh dengan dia pon tak lepas kot. Alahai comel je. Kat SJI ni dorang kadang-kadang cakap bahasa melayu dan ada yang cakap bahasa inggeris. Tengok orang lah dorang prefer mana. Nak cakap dwi pon boleh dorang made in malaysia bukan di luar jugek.


Seronok sangat belajar kat sini. Sebab jumpa kawan baru, pengalaman baru, cikgu baru dan suasana baru. Uish ayat. Okey lah malas nak bebel banyak tapi cuma nak cakap aku rindu nak belajar dengan korang semua lagi :)





































No comments :

Post a Comment